Wednesday, January 18, 2012

Exam Are Over...Alhamdulillah...!!


Cewahhhh...!! Besar betul signboard cakap exam dah abis. Alhamdulillah exam aku yang terakhir dah pun habis tadi walaupun tak berapa nak konfiden jawab tadi tapi syukur la jugak mampu habiskan semester pertama sebagai pelajar degree ni.

Macam tak percaya jer dah habis satu semester, macam baru jer masuk degree ni padahal kalau masa belajar bukan main perit lagi lambat jer masa nak berjalan. Exam baru ni aku rasa result tak berapa nak memberangsangkan oleh kerana faktor-faktor yang sama jer setiap sememester masa belajar diploma dulu masih tak berubah jugak. Aishhh ape nak jadi ni kan.





Lepas ni balik Shah Alam untuk cuti semester lebih kurang 1bulan 2minggu. Tapi tak la cuti sangat pon sebab cuti ni kerja part time kt CoolBlog Kota Kemuning. Jom la mai beli banyak-banyak sikit CoolBlog yang dibuat oleh aku ni.

Ok la nak Qada' tido dulu sekejap lepas ni nak main game sepuas-puasnya. HAHAHAHA. Asalamualaikum.

~FAIZ ZULHILMI RIZUWAN~

Wednesday, January 11, 2012

I Think, Therefore I am

"Cogito Ergo Sum" - Rene Descartes


Descates ni seorang yang sangat ragu-ragu dalam setiap perkara. Even kewujudan dirinya sendiri pun diragui oleh Descates ni. Sampai lah pada satu hari petikan yang bermaksud "saya berfikir, maka saya berfikir" dikatakan oleh beliau. Dan petikan ini sudah menjadi satu rujukan bagi falsafah-falsafah barat yang sikap ingin tahu ini salah satu perkara yang sangat penting bagi seseorang falsafah mahupun seorang saintis.

Aku kenal dengan Descates ni pun sebab ada belajar "Philosophy & History of Science" PHI454 dan baru je jawab soalan final untuk paper ni pagi tadi. Tapi sayang dalam paper tadi tak ada pon soalan pasal bende ni. Kalu tak mesti dah dapat score punya la.

Jom Kenal Pak Cik Descartes :-

Nama : Rene Descartes.
Lahir : 31 March 1596, Touraine, France.
Mati : 11 February 1650 (umur 53), Stockholm, Sweeden.
Bidang : Metafizik, Matematik dan Espitemology.

Aku sebagai seorang pelajar Matematik baru aku tahu yang cartesian atau analytic geometry adalah salah satu dari satu kerja yang telah dilakukan oleh Descartes ni.


Tu dia tugu Pak Cik Descartes


Ni pulak potrait Pak Cik Descartes

Terima Kasih, Jumpa Lagi.

~FAIZ ZULHILMI RIZUWAN~

Sunday, January 8, 2012

Square Root Of Three

Menarik poem ni, terutama untuk mathematician macam aku ni...hehehe :)


Ni la scene yang buat aku kenal dengan poem ni dari filem Harold & Kumar : Escape From Guantanamo Bay :)


Friday, January 6, 2012

How I Met Your Mother VS The Big Bang Theory

How I Met Your Mother





VS

The Big Bang Theory





Menonton 2 siri TV ni dah menjadi satu aktiviti yang paling aku gemari sekarang...Lepas tension study ke, lepas dah bosan main game ke mesti layan kejap sama ada How I Met Your Mother(HIMYM) @ The Big Bang Theory(TBBT) ni...serious terbaik 2 cerita ni...memang mesti tengok la...hehehe :)

Mula-mula aku tak minat jugak cerita bersiri berbahasa inggeris ni maklumlah dulu kat sekolah BI aku bukan power sangat pon kan...tapi sebelum cerita HIMYM dengan TBBT ni aku ada la jugak minat cerita bersiri inggeris lain macam Malcolm In The Middle, Scrubs dan lain-lain...tapi tak la minat sangat macam cerita HIMYM dengan TBBT ni :)

Aku ingat lagi time mula-mula nak tengok HIMYM dulu...time tu kawan aku Daoh la yang menjerumuskan aku sampai aku dah jadi gila dengan siri HIMYM ni...dia tengok dalam bilik sorang-sorang sambil gelak sampai menarik minat aku untuk cuba tengok jugak cerita ni...so aku pon amek external hard disk aku suruh dia transfer semua episod yang ada...mula-mula macam tak faham jugak sebab ada sesetengah ayat dia tu mcm susah sikit nak faham...tapi sebab jalan cerita dia sangat menarik dan macam kita yang ada dalam cerita tu...tu yang sangat aku mula sangkut dengan HIMYM ni sampai sekarang dan tengah tunggu setiap hari isnin untuk download episod terbaru cerita ni :)

TBBT aku baru lagi mula tengok semenjak aku masuk ke UiTM Arau ni...tapi aku dah ada siri ni time aku dekat UiTM Alor Gajah dah...cuma tak berminat sangat mula-mula sebab macam bahasa yang digunakan lebih complicated dari HIMYM maklumla TBBT ni semua genius-genius yang nerd...hehehe...siri ni aku dapat 2 season dari Joni tapi aku peram dalam hard disk sampai la aku betol-betol dh bersedia nak tengok cerita ni...dan boleh aku katakan TBBT tak mengecewakan aku dan mencapai tahap seperti HIMYM...TBBT ni pon aku sentiasa tunggu untuk download episod baru cerita ni :)

Ada kesamaan dalam HIMYM & TBBT ni...antara persamaan dia cerita ni menunjukkan tentang persahabatan, komedi, informasi dan sedikit pasal seks...hahaha...tapi aku minat bukan pasal seks la yang pastinya...paling best komedi la, contoh HIMYM ada Barney yang selalu jadi pencetus segala komedi dalam cerita ni...ayat famous dia "Suit up...!!" "Legen...wait for it...dary" & "True story"...dalam TBBT pulak yang paling kelakar adalah gelagat Sheldon yang sangat-sangat irritating kadang-kadang tapi dia memang dapat cetuskan satu keadaan yang sangat best utk cerita ni...ayat famous dia "Bazingga...!!"  "(ketuk pintu) Penny (3X)" & "I'm not crazy...my mother had me tested"...sangat-sangat best cerita ni bagi aku :)

Jom berkenalan sikit dengan pelakon HIMYM & TBBT ni :-


Dari kiri : Neil Patrick Harris as Barney Stinson, Cobie Smulders as Robin Scherbatsky, Josh Radnor as Ted Mosby, Alyson Hannigan as Lily Aldrin dan Jason Segel as Marshall Eriksen.


Dari kiri : Jim Parsons as Dr Sheldon Cooper, Simon Helberg as Howard Wolowitz, Kaley Cuoco as Penny, Kunnal Nayyar as Dr Rajesh Koothrappali dan Johny Galecki as Dr Leonard Hofstadter.

Kalu berminat try la download : Tekan Sini Untuk Download
HIMYM dah samapi season 7 & TBBT dah sampai seanson 5.
Terima Kasih, bye 

~FAIZ ZULHILMI RIZUWAN~